Monday, March 28, 2011

tips untuk korang yg bermasaalah!

okay arini aku bagi korang 5 tips yea! entah bile aku boleh sambung balek just wait okay!  


 tips pertama: HINDARI BAU PELUH DAN KETIAK


                                        Elakkan daripada memakai deodoran semasa kamu sedang berpeluh. Ini akan membuatkan ketiak kamu kelihatan basah dan menambahkan bau yang kurang menyenangkan. Seeloknya, cuci terlebih dahulu ketiak itu dan barulah memakai deodoran. Ketiak kamu akan terasa lebih segar.  


okay yg kedua! :. RAMBUT HITAM BERKILAT

Ambil kangkung kemudian diramas dengan sedikit air hingga hancur dan berlendir. Kemudian sapukan pada rambut dan bungkus dengan tuala. Biarkan selama satu jam. Bilas bersih-bersih. Lakukan dua kali dalam seminggu. Selamat mencuba. 


 
yg ketiga! : BATUK

Banyak cara mengubat penyakit batuk. Antaranya ialah : ambil seperempat biji buah pala, setengah biji limau nipis dan satu sudu kecil minyak kayu putih. buah pala diparut, limau nipis diperah ambil airnya. Campurkan kedua-dua bahan itu menjadi satu dengan dicampurkan minyak kayu putih. setelah itu gosoklah dibelakang pesakit. Ramuan ini hanya untuk sekali pakai. Lakukan rawatan seperti ini dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah, penyakit batu akan segera sembuh. 




keempat :  TOMATO, EPAL LICINKAN KULIT

Bagi mereka yang kulitnya berminyak, berjerawat ataupun mempunyai kesan parut, cubalah petua mudah ini. Parut sebiji epal atau sebiji tomato yang cukup masak. Kemudian gosoklah perlahan-lahan pada wajah dan leher. Kandungan gelatin pada tomato boleh menghilangkan kehitaman dan parut baru. Biarkan 20 minit, barulah dicuci wajah anda dengan air suam. Lakukan berulang-kali dan anda akan dapat hasil memuaskan. 



RAMPING SEMULA JADI

Hendak kurus tanpa sebarang perbelanjaan? Cara paling senang ialah dengan mendisplinkan diri. Iaitu ketika suapan dikunyah 40 kali. Jangan sekali-kali makan berulamkan air. Petua ini sangat baik untuk mengelakkan perut buncit, selain dapat menghindarkan sakit pinggang! okay bubey!

Pecah kaca pecah simen, sudah baca sila lah komen ^__^#FF00FF

No comments:

Post a Comment